Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM2,260 / 15.07 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000
110 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt. Isu kemiskinan dan kemiskinan bandar merupakan cabaran yang besar bagi kerajaan untuk menanganinya sejak sekian lama lebih-lebih lagi ketika ini apabila negara berdepan dengan pelbagai cabaran samada ketidaktentuan ekonomi mahupun pendemik Covid-19. Jumlah mereka adalah ramai. Mereka ini berkerja tetapi hanya mendapat gaji minima dan terpaksa menanggung keluarga. Sebahagiannya ada yang tidak berkerja kerana sakit yang ditanggung dan pelbagai masalah lain. Namun, kehidupan perlu diteruskan.
Atas rasa simpati terhadap nasib golongan asnaf bandar ini, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) merasakan bahawa perlunya untuk kita bersama membantu meringankan beban kehidupan yang mereka hadapi khususnya ketika harga barangan keperluan dapur yang semakin melambung tinggi yang mana isu kesihatan juga makin terabai dan menjadi semakin serius.
Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menyalurkan bantuan kepada Anizahanum Binti Hashim, yang juga berada di kumpulan asnaf kerana suami beliau juga baharu selesai mengakhiri physio untuk diri beliau dan kini mereka sekeluarga ibarat dah jatuh ditimpa tangga kerana belum sempat si suami mengukuhkan pendapatan. Malah, mereka diuji pula dengan isteri beliau yang jatuh sakit dan memerlukan bantuan sepenuhnya.
Justeru itu, marilah kita hayati sabda Nabi Muhammad SAW sepertimana yang dijelaskan oleh Abu Hurairah RA: “Barangsiapa yang melapangkan satu kesusahan dunia dari seorang mukmin, maka Allah SWT akan melapangkan darinya satu kesusahan di hari kiamat. Barangsiapa memudahkan urusan orang yang dalam kesusahan, maka Allah akan memudahkan baginya dari kesulitan di dunia dan akhirat. Barangsiapa menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah senantiasa menolong seorang hamba selama hamba tersebut menolong saudaranya” (HR. Muslim)
Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program bantuan ini dan semoga sumbangan yang dihulur akan mengembirakan golongan yang dirai dan sedikit sebanyak dapat meringankan beban belanja harian mereka. Mudah-mudahan usaha yang kita lakukan ini akan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.
Allah S.W.T. berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Al Hadid: 18)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Nov 07, 2022
SHUKOR JALIL
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 04, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 13, 2022
MOHAMAD IDRUS BIN MOHAMAD DON DON
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 13, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 12, 2022