ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Sep 11, 2024

MAKANAN ASASI KEPADA WARGA MISKIN

RM115 / 1.15 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

10 Penyumbang

15 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen pek makanan asasi kepada mangsa banjir di Nawabshah, Pakistan. Jom bantu!


Pasca musibah banjir di Pakistan tahun 2022, banyak saudara seagama kita di sana masih bergelut dengan kemiskinan dan kekurangan keperluan asas seperti makanan dan air bersih. Walaupun terdapat usaha-usaha untuk membaik pulih keadaan oleh pihak kerajaan Pakistan dan badan bukan kerajaan yang lain. Namun, dengan skala kerosakkan yang amat dahsyat, ia akan mengambil masa yang agak lama. Ini ditambah dengan kekangan faktor luaran sepertu cuaca yang tidak menentu dan rupa bentuk muka bumi.



Kami mahu mengorak langkah dengan membantu mereka menjalani kehidupan seperti biasa dengan sedikit keringanan dari beban untuk mendapatkan bekalan makanan asasi melalui pek makanan kami yang mengandungi beras, tepung atta, bijirin, garam, gula, minyak dan lain-lain makanan. Seusai kempen kami Ogos lepas, 40 pek makanan telah diagihkan kepada penduduk Kampung Rafay Abad di Nawabshah pada 7 September yang lalu.



Untuk kempen dana kali ini, kami masih menyasarkan agihan sebanyak 100 pek makanan, insya-Allah. Kami percaya dengan sokongan anda, kami mampu melakukannya. Sumbangan anda sama ada besar atau kecil sekali pun adalah amat dihargai. Jadilah sebahagian dari tangan yang memberi dan lakukan perubahan kepada mereka yang memerlukan.

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 18, 2024

SALEHUDIN DAN KELUARGA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 13, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 13, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 13, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 13, 2024