ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Jun 26, 2024

BANTUAN ROTI PERCUMA UNTUK PELARIAN YAMAN DAN SYRIA

RM27,720 / 55.44 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

1073 Penyumbang

70 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Selamatkan masa depan Yaman dan Syria dengan sebakul roti. Bantuan anda, harapan mereka!


Hari ini, 52,000 penduduk di Zabid, Yaman, tidak pasti apakah mereka akan makan malam ini. Setiap hari, kebuluran mengancam kehidupan mereka.



Bakeri Iltizam, yang beroperasi sejak 2017, telah menjadi satu-satunya harapan bagi ribuan keluarga. Namun, dengan kapasiti yang hanya mampu menghasilkan 7,500 keping roti sehari, kami masih bergantung kepada bantuan anda.




Yaman kini menghadapi krisis kemanusiaan terburuk di dunia. Menurut UN OCHA, lebih daripada 24 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan, termasuk 12 juta kanak-kanak. Kebuluran dan kekurangan zat makanan adalah ancaman harian bagi mereka.


Anda boleh menjadi penyelamat mereka!


Dengan hanya satu derma, anda dapat memberikan harapan dan kehidupan kepada mereka yang paling memerlukan.



Sejak penubuhannya, bakeri ini telah menghasilkan lebih dari 6 juta keping roti, memberi manfaat kepada 639,150 keluarga. Tetapi lebih ramai lagi yang memerlukan pertolongan anda.



Fakta-Fakta Mengenai Kesusahan di Yaman:


1. 24 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan (UN OCHA)

2. 12 juta kanak-kanak terjejas akibat konflik dan kekurangan makanan (UN)

3. 2 juta kanak-kanak mengalami kekurangan zat makanan teruk (UN OCHA)

4. 80% keluarga hidup di bawah garis kemiskinan.




12 juta rakyat Syria kini tidak tahu adakah mereka akan makan pada hari tersebut. Bilangan ini dijangka bertambah sebanyak 2.9 juta, bermaksud 70% rakyat Syria dalam kelaparan.



Sejak Ogos 2022, Iltizam telah melancarkan projek roti Syria yang telah membantu 1,200 keluarga pelarian dalam negara (IDP) di Al-Hasakah setiap bulan.



Kekurangan makanan akan terus meningkat, lebih ramai kanak-kanak dan keluarga akan kelaparan, dan krisis kemanusiaan ini akan menjadi semakin teruk. Tanpa makanan yang mencukupi, kanak-kanak terpaksa meninggalkan sekolah untuk mencari sesuap nasi bagi keluarga mereka. Ramai ibu bapa tidak lagi mempunyai kudrat untuk mencari rezeki. Tanpa pendidikan, masa depan mereka menjadi tidak menentu, menjadikan mereka lebih terdedah kepada kemiskinan dan eksploitasi.



Solusi terbaik untuk menjamin keselamatan makanan di Yaman dan Syria adalah dengan memastikan operasi berterusan dan meningkatkan kapasiti pengeluaran. Dengan bantuan roti yang konsisten dan mencukupi, kami boleh mula memberi tumpuan kepada pendidikan secara tidak langsung, kanak-kanak juga tidak perlu lagi berjuang untuk makanan dan boleh kembali ke sekolah untuk belajar dengan tenang. Pendidikan adalah kunci untuk keluar dari kitaran kemiskinan dan membina masa depan yang lebih cerah. Sokongan yang konsisten untuk pengedaran roti percuma secara langsung membantu 13 pekerja di Bakeri Iltizam. Ini memastikan mereka mempunyai pendapatan yang stabil dan boleh menyokong keluarga mereka



Mari kita bersama-sama memastikan setiap penduduk di Zabid dan Hasaka, tidak lagi tidur dalam kelaparan. Setiap derma, walaupun kecil, membantu menyediakan roti untuk mereka yang kelaparan. Derma sekarang dan kongsi kempen ini untuk membantu lebih ramai lagi. Dengan bantuan anda, kita boleh membuat perubahan besar. Bersama-sama, kita boleh menyelamatkan nyawa dan masa depan mereka.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 19, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 19, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 19, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 18, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 18, 2024