MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Sep 05, 2024

TABUNG BERINFAQ BERAS KEPADA ANAK YANG MENGHAFAL KALAMMULLAH

RM305 / 10.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

19 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARILAH BERINFAQ BERAS KEPADA ANAK-ANAK SYURGA NI YANG MENUNTUT ILMU DAN MEMUDAHKAN SEGALA URUSAN MEREKA.


Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ingin mengajak anda bersama-sama untuk menyumbang dengan memberikan sumbangan infaq beras kepada pelajar di maahad kami di sini supaya mereka mendapat bekalan makanan yang mencukupi.


Maahad kami mempunyai seramai 70 orang pelajar dan petugas yang sebahagian daripada mereka adalah daripada keluarga asnaf dan yatim yang kurang berkemampuan. Kempen ini juga bertujuan untuk membantu pihak maahad dengan menyediakan makanan terbaik dan mencukupi untuk anak-anak tahfiz ini agar mereka dapat belajar dengan baik dan sempurna semasa pengajian.



Sehubungan dengan itu, pihak maahad menyeru kepada muslimin dan muslimat untuk sama-sama menyumbang dan membantu pihak maahad dalam mencari dana untuk memberikan makanan yang terbaik untuk para pelajar di maahad tahfiz kami kurang mencukupi beras untuk keperluan harian.

Beras ialah karbohidrat yang memiliki peranan penting untuk memberikan energi bagi tubuh. Beras putih menjadi salah satu jenis beras yang paling laris di malaysia dan sering dikonsumsi sehari-hari. Dengan mendapat sumber karbohidrat yang mencukupi dapat memberi tenaga kepada pelajar-pelajar di sini untuk berjuang menuntut ilmu dengan menjadi Hafiz Al-Quran.


Dengan bersedekah juga dapat menghapuskan segala dosa dan kesalahan terdahulu. Namun, terlebih dahulu mestilkah segala dosa itu dikesali dan dinsafi dengan taubat nasuha untuk tidak mengulanginya lagi.


Baginda s.a.w bersabda yang bermasud:

“Sedekah itu dapat menghapus dosa sebagaimana air itu memadamkan api” (Riwayat at-Tirmidzi)



Akhir kata, pihak maahad dan anak-anak di sini akan mendoakan kepada setiap penyumbang dan perinfaq yang budiman yang sudi berkongsi rezeki dengan mereka-mereka yang menuntut ilmu. Semoga Allah SWT memurahkan rezeki mereka, jauhkan mereka daripada musibah, dan diberikan a’fiah kepada mereka dalam kehidupan mereka.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

GAN THIAM SENG

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 09, 2024

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 09, 2024

SEMUT HITAM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 09, 2024

MISBA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 09, 2024

Kempen Sumbangan Tamat