MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Sep 11, 2024

DANA PEMBELIAN VAN UNTUK KEMUDAHAN PERGERAKAN ANAK-ANAK TAHFIZ

RM70 / 0.07 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000

5 Penyumbang

5 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

BANTU HADIRKAN VAN BARU UNTUK ANAK-ANAK TAHFIZ YATIM DAN ASNAF BAGI MEMUDAHKAN PERGERAKAN MEREKA KE MASJID UNTUK SOLAT JUMAAT, JEMPUTAN KENDURI,MEMENUHI JEMPUTAN DOA SELAMAT DAN SEBAGAINYA.


Assalamualaikum wbt, amalan sedekah ini merupakan amalan yang mulia di sisi Allah SWT. Amalan sedekah ini begitu besar kelebihannya sehingga disabdakan oleh Nabi ﷺ. Pihak maahad ingin membuka peluang kepada penyumbang sekalian untuk menghulurkan bantuan bagi menjayakan kempen infaq pembelian van baru buat anak-anak tahfiz di maahad kami. Hal ini memberi kemudahan untuk anak-anak tahfiz ini bergerak sama ada ke masjid untuk solat jumaat, jemputan solat jenazah, majlis kesyukuran dan tahlil, lawatan ilmiah, rehlah dan lain-lain lagi.


“Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” (Riwayat: Muslim)



Van yang sedia ada sudah uzur dan sering kali berlaku kerosakan. Tambahan pula, kos penyelenggaraan untuk baik pulih van tersebut adalah tinggi. Sehubungan itu, dengan sumbangan ikhlas daripada penderma ini sedikit sebanyak mampu membantu pihak maahad dalam menyediakan kemudahan pengangkutan ini buat mereka di sini.


Setiap bantuan yang disalurkan akan memberi sinar kecerian dan kegembiraan buat pelajar-pelajar di sini yang rata-ratanya kebanyakannya terdiri daripada kalangan anak yatim dan asnaf. Sebanyak mana manfaat van ini digunakan untuk kemudahan-kemudahan mereka di sini sebanyak itulah ganjaran pahala yang mengalir buat para penginfaq yang mulia walaupun sudah meninggal dunia.



Akhir kata, ayuh kita sama-sama menyebarkan kasih buat anak-anak tahfiz ini dengan berinfaq bermula RM 10 bagi menyediakan kemudahan van yang baru ini dianggarkan bernilai, RM117,000. Didoakan semoga semua penyumbang dimurahkan rezeki, diberi keberkatan hidup, dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala urusan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 18, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 13, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Sep 13, 2024

AMAR DANISH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 12, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 11, 2024