MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Sep 11, 2024

INFAQ IKAN SEGAR KEPADA ANAK TAHFIZ YATIM DAN ASNAF

RM295 / 9.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

8 Penyumbang

5 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

MARILAH BEREBUT PAHALA YANG MENGALIR DENGAN BERINFAQ IKAN SEGAR BUAT PENDAMPING AL-QURAN DI BULAN KELAHIRAN RASULULLAH SAW INI.


Bekalan ikan segar adalah satu kepentingan yang menjadi lauk pauk santapan anak-anak tahfiz yatim dan asnaf di sini. Mereka di sini terdiri daripada kalangan yang kurang berkemampuan. Namun, apa yang berlaku pada masa ini adalah permintaan ikan di pasaran meningkat kerana faktor cuaca yang tidak menentu serta keadaan ekonomi semasa yang kurang stabil. Hal ini menyebabkan harga ikan semakin meningkat.


Oleh itu, pihak maahad ingin mengajak muslimin dan muslimat sama-sama berkongsi rezeki kepada anak-anak tahfiz yatim dan asnaf yang kurang berkemampuan untuk membantu mereka menyediakan makanan yang berprotein ini .



Sehubungan itu, pihak maahad membuka peluang kepada muslimin dan muslimat yang budiman menghulurkan sumbangan ikan segar kepada anak tahfiz yatim dan asnaf yang sedang menuntut ilmu. Dengan adanya bekalan ikan yang mencukupi, pelajar-pelajar dapat membesar dengan sihat serta memperolehi zat protein yang baik bagi penghafal al-Quran. Oleh itu, pihak maahad melancarkan kempen dengan serendah RM10 bagi memudahkan dan memastikan pelajar-pelajar ini dapat belajar dengan selesa dan selamat.



Ikan ini juga merupakan antara makanan yang rendah kandungan karbohidrat namun padat dengan protein serta pelbagai vitamin dan mineral. Ikan juga mengandungi pelbagai nutrisi yang dapat mencegah gangguan kesihatan mata dan jantung, serta menjaga tubuh tetap bertenaga. Manfaat untuk kesihatan diperoleh jika ikan diolah dengan tepat, termasuk dalam hal kebersihan, supaya anak-anak syurga ini sihat tubuh badan tidak menjadi lesu. Semoga mereka dapat belajar dengan penuh tumpuan mereka dari masa ke semasa.

 

Kami ingin menyeru kepada muslimin dan muslimat untuk bersama-sama berkongsi rezeki buat anak-anak syurga ini yang sedang menuntut ilmu agama  menjadi hafiz al-Quran dan menyampaikan al-Quran ke seluruh alam.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan