Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM11,263 / 75.09 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000
412 Penyumbang
Kempen Berakhir!
“Ya Allah.. Nampaknya Ramadhan tahun ini kita akan berwuduk seperti biasa (dengan air yang tercemar)”, kata para jemaah dengan sayu.
Masjid Al-Fajar telah ditubuhkan sejak tahun 1960 di Dusun Jantung Durian, Kab. Padang Pariaman. Berdiri secara sederhana, asalkan penduduk masih dapat menjalankan ibadah dan solat berjemaah. Kerana kebanyakan umat Islam di sini hidup dalam serba kekurangan, tiada siapa yang mampu membina, sehingga kini tidak ada tempat untuk berwuduk dan juga bilik air.
Jemaah di Masjid Al-Fajar seramai ± 100 orang terdiri daripada jemaah lelaki, perempuan, kanak-kanak, anak yatim, dan warga emas.
“Masjid Al-Fajar bukan sahaja digunakan untuk solat 5 waktu dan aktiviti membaca Al-Quran kanak-kanak di sekitar sana, malah turut digunakan penduduk untuk aktiviti solat Jumaat, dan jemaah yang hadir sentiasa memenuhi masjid,” kata Encik Zamar, sebagai pentadbir masjid.
Ramai jemaah biasanya berwuduk ke sungai yang terletak berhampiran masjid. Malah sungai ini bukan sahaja digunakan untuk berwuduk, tetapi juga digunakan sebagai tandas kecemasan untuk membuang air kecil dan besar. Apabila cuaca hujan, keadaan air sungai keruh. Ya Allah.. bayangkan berwuduk dengan air tercemar macam ni.
Tidak lama lagi bulan Ramadhan akan tiba, adakah para jemaah Asnaf ini masih berwuduk dengan air yang tidak layak ini? Ayuh, bersama-sama kita menyediakan air bersih untuk mereka gunakan untuk menyucikan diri!
InsyaAllah, telaga air akan dibina di Masjid Al-Fajar, Dusun Jantung Durian, Indonesia. Wallahualam.. Pahala untuk anda sekeluarga akan terus mengalir walaupun selepas kematian, apabila air bersih digunakan oleh jemaah. Apatah lagi ibadat yang mereka lakukan selepas berwuduk menggunakan air daripada anda, maka anda sekeluarga juga akan mendapat pahala ibadah yang sesuai dengannya.
Infaq anda sekeluarga akan membawa keberkatan kepada ramai orang. Jazakumullah khayran. Allah SWT. jualah yang akan menggantikan segala kebaikan dengan keberkatan yang berlipat ganda di dunia dan akhirat. Doa setulus tulusnya dari kami semoga Allah menerima doa, memberi perlindungan, kebahagiaan, kemudahan, dan kelancaran rezeki kepada anda dan keluarga, amin ya Rabb.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 27, 2022
JAAFAR BIN MOHAMAD & ROHANUM BINTI RAMLI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 27, 2022
MOHAMMAD KHALIL BIN JAMIL
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 27, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 27, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 27, 2022