Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
Pertubuhan Komuniti Ihsan Negeri Johor
Dimulakan pada Aug 18, 2023
RM295 / 7.38 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM4,000
15 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Desawarsa ini kenaikan harga kos barangan asas semakin meningkat dan tidak terkawal. Rakyat tertekan dan terhimpit apatah lagi dalam kalangan asnaf, B40 mahupun sesiapa sahaja yang terkesan dengan kenaikan ini. Kenaikan harga barangan menyebabkan pendapatan bersih rakyat semakin terhakis.
Walaupun harga naik, namun, rakyat masih perlu berusaha untuk meletakkan hidangan di atas meja. Tetapi, dikala ini kuantiti barangan yang boleh dibeli semakin menipis. Maka, barangan keperluan yang lain terpaksa dikurangkan demi untuk keluarga dari kekurangan makanan. Antara barangan keperluan yang terjejas adalah lampin pakai buang bagi golongan dewasa.
Lampin pakai buang ini amat diperlukan oleh golongan yang memerlukan atas asbab kebersihan diri. Namun, kenaikan harga menyebabkan kuantiti yang boleh digunakan semakin mengecil. Atas sebab ini maka pihak Komuniti Ihsan terpanggil untuk membantu mengedarkan barangan ini kepada:
1. Warga emas
2. Asnaf
3. OKU
4. Pesakit terlantar
5. Mereka yang sangat memerlukan
Sasaran kami adalah agar dapat membantu lebih kurang RM4,000 bagi meringankan beban mereka. Sesuai dengan sabda Rasulullah:
وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ
“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (HR Muslim)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
AZRIE NASIR
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 18, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 18, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Aug 18, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 18, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 18, 2023