BANTU LAMPIN DEWASA UNTUK AYAH BONDA UZUR

RM285 / 9.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

19 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bolehkah anda membantu kami untuk menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan bantuan lampin dewasa? Mereka tidak mampu, tetapi kita yang akan membantu mereka dapatkan lampin dewasa.


Dasawarsa ini, kenaikan harga kos barangan asas semakin meningkat dan tidak terkawal. Rakyat tertekan dan terhimpit apatah lagi dalam kalangan asnaf, B40, mahupun sesiapa sahaja yang terkesan dengan kenaikan ini. Kenaikan harga barangan menyebabkan pendapatan bersih rakyat semakin terhakis.



Walaupun harga naik, namun, rakyat terpaksa juga berusaha untuk meletakkan hidangan di atas meja. Tetapi, dikala ini, kuantiti barangan yang boleh dibeli semakin menipis. Maka, barangan keperluan yang lain terpaksa dikurangkan demi mencegah dari kekurangan makanan. Antara barangan keperluan yang terjejas adalah lampin pakai buang bagi golongan dewasa. Lampin pakai buang ini amat diperlukan oleh golongan yang memerlukan bagi kebersihan diri.



Namun, kenaikan harga menyebabkan kuantiti yang boleh digunakan semakin mengecil. Sasaran kami adalah agar dapat membantu mereka dengan mengumpul dana sebanyak RM3,000 bagi meringankan beban mereka. Justeru, pihak persatuan terpanggil untuk membantu mengedarkan barangan ini kepada:


1. Warga emas

2. Asnaf

3. OKU

4. Pesakit terlantar

5. Mereka yang sangat memerlukan



Sesuai dengan sabda Rasulullah SAW:


وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ


“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (HR Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 19, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 19, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 16, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 16, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Jul 15, 2024

Kempen Sumbangan Tamat