PERTUBUHAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN UMMAH

Aktif sejak Feb 09, 2022

Tentang Penganjur

Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang bertujuan membangunkan projek-projek pendidikan yang unik dan berkualiti menepati keperluan ummah. PACU dalam usaha mewujudkan rangkaian institusi dan projek-projek pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia dari kecil sehingga usia warga emas. Terdapat empat inisiatif pendidikan yang bernaung di bawah PACU iaitu Pusat Jagaan Dan Pendidikan Warga Emas Darul insyirah (DI), Raudhatul Huffaz (RH), Anjung Insyirah (AI) dan Projek Tuisyen Ummah (PROTU).


Objektif Penubuhan

- Membangunkan program-program yang bermatlamatkan pendidikan dan dekat dengan masyarakat.

- Memartabatkan modul pendidikan berlandaskan tarbiyah Islamiah.

- Menyediakan pelbagai jenis pendidikan untuk setiap peringakat usia.

- Melahirkan generasi pelapis yang boleh menjadi Muslim Hebat.


Visi

Mewujudkan rangkaian institusi dan projek- projek Pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia (dari dalam buaian hingga ke liang lahad).


Misi

Membangunkan projek- projek Pendidikan yang unik dan berkualiti serta menepati keperluan Ummah.





No 72 Jalan Melati Bangi Golf Resort, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor , 43650, BANGI, Selangor, Malaysia
pacuummah2015@gmail.com
60138962965
60389209661

Doa-Doa #Penyumbang

LIZA ABU TALIB

1 tahun yang lepas

Mohon doakan saya sekeluarga. Juga saya mendoakan semoga segala urusan pembelajaran anak2 asnaf dirahmati Allah SWT sepenuhnya.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

assalamualaikum... alhamdulillah atas rezeki allah swt.Murah kan rezeki setiap umat islam seluruh dunia. Semoga kite dirahmati allah sepanjang hayat. Allah akbar. Alhamdulillah. Subhanallah. La ilaha illallah. La hawla wala quwwata illa billah.🤲Aamiiin3x Ya Rabbal ‘Alaamiin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga Allah mengampunkan dosa2 umat Nabi Muhammad s.a.w, diterima segala amalan umat Nabi Muhammad s.a.w. Semoga diberikan jodoh yang soleh, berakhlak mulia dan boleh menjadi ketua keluarga yang baik. Aamiin Ya Allah

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga bermanfaat dan dipermudahkan urusan pembelajaran anak-anak

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

DAYANG HAZIRAH

1 tahun yang lepas

”Wahai Tuhan kami, terimalah (amalan) kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Sumbangan ini adalah untuk diri saya serta kedua ibu bapa saya ; Shukor Bin Hamdan & Azmah Binti Othman

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah..keluarkan lah kami dr kesempitan hidup didunia juga kesempitan dialam kubur dan akhirat..limpahkanlah kami dengan kasih sayangmu didunia dan diakhirat..hidupkanlah kami dan keluarga kami dlm agamamu..matikanlah kami dalam agamamu..amin..

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: