PERTUBUHAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN UMMAH

Aktif sejak Feb 09, 2022

Tentang Penganjur

Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang bertujuan membangunkan projek-projek pendidikan yang unik dan berkualiti menepati keperluan ummah. PACU dalam usaha mewujudkan rangkaian institusi dan projek-projek pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia dari kecil sehingga usia warga emas. Terdapat empat inisiatif pendidikan yang bernaung di bawah PACU iaitu Pusat Jagaan Dan Pendidikan Warga Emas Darul insyirah (DI), Raudhatul Huffaz (RH), Anjung Insyirah (AI) dan Projek Tuisyen Ummah (PROTU).


Objektif Penubuhan

- Membangunkan program-program yang bermatlamatkan pendidikan dan dekat dengan masyarakat.

- Memartabatkan modul pendidikan berlandaskan tarbiyah Islamiah.

- Menyediakan pelbagai jenis pendidikan untuk setiap peringakat usia.

- Melahirkan generasi pelapis yang boleh menjadi Muslim Hebat.


Visi

Mewujudkan rangkaian institusi dan projek- projek Pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia (dari dalam buaian hingga ke liang lahad).


Misi

Membangunkan projek- projek Pendidikan yang unik dan berkualiti serta menepati keperluan Ummah.





No 72 Jalan Melati Bangi Golf Resort, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor , 43650, BANGI, Selangor, Malaysia
pacuummah2015@gmail.com
60138962965
60389209661

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah! Permudahkan urusanku untuk berkahwin dan mendapat kejayaan di dalam kerjaya. Kurniakan juga kesihatan yang baik untuk diri ini serta keluarga. Ameen 🤲🏻

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NADIA BINTI ABDUL RAHMAN

1 tahun yang lepas

Semoga Allah memberkati Sumbangan Ini. Amin..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Moga anak anak ku dimurah kan rezrki, sihat dan rajin beribadat

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah terimalah amal ibadahku ini untuk membantu orang yang memerlukan. Murahkanlah rezekiku agar dapat terus membantu pada masa depan. Amin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

semoga sumbangan yg sedikit ini memberi manafaat yg berkekalan dan menjadi asbab dalam urusan jodoh saya diberi kesihatan limpahan rezeki berpanjangan untuk membantu menjadi penyumbang

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Moga usaha murni ini mendapat sambutan baik dari seluruh rakyat Malaysia... Sama2 kita membela nasib prajurit kita demi kelangsungan hidup mereka.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: