PERTUBUHAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN UMMAH

Aktif sejak Feb 09, 2022

Tentang Penganjur

Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang bertujuan membangunkan projek-projek pendidikan yang unik dan berkualiti menepati keperluan ummah. PACU dalam usaha mewujudkan rangkaian institusi dan projek-projek pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia dari kecil sehingga usia warga emas. Terdapat empat inisiatif pendidikan yang bernaung di bawah PACU iaitu Pusat Jagaan Dan Pendidikan Warga Emas Darul insyirah (DI), Raudhatul Huffaz (RH), Anjung Insyirah (AI) dan Projek Tuisyen Ummah (PROTU).


Objektif Penubuhan

- Membangunkan program-program yang bermatlamatkan pendidikan dan dekat dengan masyarakat.

- Memartabatkan modul pendidikan berlandaskan tarbiyah Islamiah.

- Menyediakan pelbagai jenis pendidikan untuk setiap peringakat usia.

- Melahirkan generasi pelapis yang boleh menjadi Muslim Hebat.


Visi

Mewujudkan rangkaian institusi dan projek- projek Pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia (dari dalam buaian hingga ke liang lahad).


Misi

Membangunkan projek- projek Pendidikan yang unik dan berkualiti serta menepati keperluan Ummah.





No 72 Jalan Melati Bangi Golf Resort, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor , 43650, BANGI, Selangor, Malaysia
pacuummah2015@gmail.com
60138962965
60389209661

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga didunia dan akhirah dan dipertemukan kak long dengan sebaik2 jodoh dari sebaik2 keturunan

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

smoga hudup dberkati,dn dredhoi Allah swt

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ARMA

1 tahun yang lepas

Jika ada ganjaran pahala ats sedekah ini,aku hadiahkan kpd ibu abah ku di alam barzah.semoga kami sekeluarga diberikan kesihatan dan kbaikan dunia akhirat.amiin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga amalan sedekah ini diterima oleh ALLAH SWT.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah. Permudahkanlah urusanku pd hari ini. Cukupkan dan limpahkanlah Rezki buat diriku dan keluargaku. Berikanlah kejayaan buat anak2ku. Kejayaan di dunia dan di akhirat. Aaminn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NORMASTURA BINTI SULAIMAN

1 tahun yang lepas

MOHON DOAKAN ARWAH IBU SAYA SAWIYAH BINTI YUSOF DAN ARWAH AYAH SAYA SULAIMAN BIN HITAM DITEMPATKAN DI DALAM SYURGA FIRDAUS, DIAMPUNI SEGALA DOSA, DIANGKAT DARJAT DAN DIKASIHANI OLEH ALLAH SWT. MOHON DOAKAN JUGA AGAR SAYA DIMURAHKAN REZEKI DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DUNIA DAN AKHIRAT DAN DIMAKBULKAN SEGALA DOA. SEMOGA KEMPEN INI MENCAPAI SASARAN SEPERTI YANG DIPERLUKAN. AMINN..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: