PERTUBUHAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN UMMAH

Aktif sejak Feb 09, 2022

Tentang Penganjur

Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang bertujuan membangunkan projek-projek pendidikan yang unik dan berkualiti menepati keperluan ummah. PACU dalam usaha mewujudkan rangkaian institusi dan projek-projek pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia dari kecil sehingga usia warga emas. Terdapat empat inisiatif pendidikan yang bernaung di bawah PACU iaitu Pusat Jagaan Dan Pendidikan Warga Emas Darul insyirah (DI), Raudhatul Huffaz (RH), Anjung Insyirah (AI) dan Projek Tuisyen Ummah (PROTU).


Objektif Penubuhan

- Membangunkan program-program yang bermatlamatkan pendidikan dan dekat dengan masyarakat.

- Memartabatkan modul pendidikan berlandaskan tarbiyah Islamiah.

- Menyediakan pelbagai jenis pendidikan untuk setiap peringakat usia.

- Melahirkan generasi pelapis yang boleh menjadi Muslim Hebat.


Visi

Mewujudkan rangkaian institusi dan projek- projek Pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia (dari dalam buaian hingga ke liang lahad).


Misi

Membangunkan projek- projek Pendidikan yang unik dan berkualiti serta menepati keperluan Ummah.





No 72 Jalan Melati Bangi Golf Resort, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor , 43650, BANGI, Selangor, Malaysia
pacuummah2015@gmail.com
60138962965
60389209661

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah Ya Tuhanku,Ampunilah segala dosa²ku isteri dan anak²ku,Ampunilah segala dosa² ibu dan arwah ayahku,ibu bapa mertuaku,arwah atok dan nenekku.Kurniakan kami kesihatan yang baik.sembuhkan kami dari penyakit.Lindungilah kami dari penyakit² yang melemahkan kami.Ya Allah anugerahkanlah kami taufiq,iman dan hidayahMu.Jadikanlah keturunan kami hambaMu yang beriman.Permudahkanlah urusan dan kerja²

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

YA ALLAH MAKBULKANLAH SELURUH DOA2 KAMI.HANYA KEPADAMU KAMI MEMOHON, MINTA PERKENANKANLAH SEMUA DOA2 KAMI. KASIHANILAH KAMI DAN TERIMALAH DOA2 KAMI YA ALLAH. PERMUDAHKANLAH SEGALANYA BUAT KAMI. LINDUNGILAH PELIHARALAH DAN JAGALAH KAMI. MURAHKANLAH REZEKI KAMI. HANYA KEPADAMU SAJA TEMPAT KAMI MENGADU YA ALLAH YA TUHAN KAMI

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, Kau permudahkan lah apa yang sedang ku lalui. Kau kurniakanlah situasi berpihak kepadaku. Hanya kepadaMu tempat ku bermohon Ya Allah, Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah semoga engkau ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami dan semua muslimin muslimat, panjangkan umur kami, sihatkan tubuh badan kami, limpahkanlah kepada kami dengan rezeki yang banyak lagi diberkati dan permudahkanlah urusan kami di dunia dan akhirat..aamin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NURARIFF ASHRAF BIN HARUN

2 tahun yang lepas

Sedekah dari saya Nurariff Ashraf bin Harun dan isteri Mastura binti Mohammed, semoga perkahwinan kami diberikan keberkatan, kebahagiaan, dan berkekalan sehingga ke jannah. Aminn.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah semoga dipermudahkan segala urusan didunia dn akhirat. Di panjangkan usia kedua mak dan abah berikan kesihatan yang baik dan sihat selalu... Semoga diperluaskn rezeki... Dan Semoga apa yg dilakukan memberi manfaat utk semua.. Aminn ya rab..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: