PERTUBUHAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN UMMAH

Aktif sejak Feb 09, 2022

Tentang Penganjur

Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang bertujuan membangunkan projek-projek pendidikan yang unik dan berkualiti menepati keperluan ummah. PACU dalam usaha mewujudkan rangkaian institusi dan projek-projek pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia dari kecil sehingga usia warga emas. Terdapat empat inisiatif pendidikan yang bernaung di bawah PACU iaitu Pusat Jagaan Dan Pendidikan Warga Emas Darul insyirah (DI), Raudhatul Huffaz (RH), Anjung Insyirah (AI) dan Projek Tuisyen Ummah (PROTU).


Objektif Penubuhan

- Membangunkan program-program yang bermatlamatkan pendidikan dan dekat dengan masyarakat.

- Memartabatkan modul pendidikan berlandaskan tarbiyah Islamiah.

- Menyediakan pelbagai jenis pendidikan untuk setiap peringakat usia.

- Melahirkan generasi pelapis yang boleh menjadi Muslim Hebat.


Visi

Mewujudkan rangkaian institusi dan projek- projek Pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia (dari dalam buaian hingga ke liang lahad).


Misi

Membangunkan projek- projek Pendidikan yang unik dan berkualiti serta menepati keperluan Ummah.





No 72 Jalan Melati Bangi Golf Resort, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor , 43650, BANGI, Selangor, Malaysia
pacuummah2015@gmail.com
60138962965
60389209661

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

semoga Allah ampunkan segala dosaku dan dosa seluruh umat nabi muhammad.. semoga Allah berikan kebaikan dan kebahagiaan buat semua anak anak asnaf..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah kurniakanlah kami kesihatan dan kesejahteraan semoga kami dapat membantu mereka yang memerlukan.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MARLINA BT. AMINUDDIN

2 tahun yang lepas

Ya Allah, aku niatkan pahala sedekah ini utk arwah mak dan abahku. Moga dgn sedekah ini diampunkan dosa2 mereka dan anugerahkanlah mereka dgn syurgaMu yg tertinggi Ya Allah. Aamiin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah..semoga suamiku terpilih tunaikan haji tahun ini..Aaminn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkn segala urusan. Anak2 berjaya didunia dn akhirat. Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SITI ROHAIDAH MUSTAPA

2 tahun yang lepas

Doakan saya dapat keredhaan dalam kehidupan, pekerjaan dan jodoh yang baik. Diberikan kesihatan untul diri, keluarga dan sahabat

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: