Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya allah, kurniakan dalam rahim ku zuriat keturunan izinkan aku melahirkan zuriat untuk suamiku.. permudahkan lah rezeki pekerjaanku.. amin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah..engkau tempatkanlah arwah abahku ditempat orang2 yang beriman.Engkau lapangkanlah kuburnya.Dan engkau lembutkan lah hati mak ku semoga hatinya tidak keras seperti sekarang..aamiin..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, peliharalah kedua ibu-bapa kami. Rahmati dan berkatilah kehidupan kami sekeluarga pada setiap masa. Jauhilah kami dari segala musibah, hasad dengki dan perbuatan terkeji. Amin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ALMARHUMAH ROSMAH BINTI ISMAIL

3 tahun yang lepas

Ya Allah,Dikau cucurilah rahmatMu ke atas roh ibuku Almarhumah Rosmah bt Ismail.Ya Allah,Dikau hisablah ibuku dgn seringan² penghisaban.Ya Allah,Dikau ampunilah segala dosa ibuku semasa hayatnya.Amiin

Anda dan 4 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NOORSAZREEN BINTI MOHAMAD NOR

3 tahun yang lepas

Mohon Allah luaskan rezeki. Hilangkan bebanan hutang. Dan Permudahkanlah segala urusan.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, tempatkanlah arwah abah bersama dlm golongan org yg beriman.. Ya Allah panjangkan umur mak dan berikan kesihatan yang baik utk mak. Ya Allah, terimalah amalku dan limpahkan rezekiku.. Aamiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: