Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah.. tetapkan hati kami dan zuriat keturunan kami di jalan yang Engkau redhai. Aamiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Kerana Allah

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, limpahkan lah kami rezeki yg tidak putus seperti air sungai Mu yg mengalir & tiupkan lah malaikat kecil ke dlm rahim ku agar aq berpeluang utk merasai nikmat kehamilan & kelahiran. Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

RABIATUL ADAWIYAH

3 tahun yang lepas

ya Allah, kau permudahkanlah urusan semua golongan fakir dan miskin, semoga dengan sumbangan ni kau bersihkanlah rezeki keluargaku serta murahkanlah rezeki umi dan abahku serta rezekiku ya Razzaq

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

FAEZAH BINTI SULIMAN

3 tahun yang lepas

Ya Allah, murahkan laa rezeki kpada semua org yg memerlukan ya Allah... ?

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ALMARHUMAH ROSMAH BINTI ISMAIL

3 tahun yang lepas

Ya Allah,Dikau ampunilah segala dosaku.Bersihkanlah diriku dr dosa² sptmana kain putih dibersihkan drpd kekotoran. Ya Allah, Dikau ampunilah jua segala dosa seluruh umat Islam di seluruh dunia.Amiin..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: