SUMBANGKAN BERAS KEPADA YANG MEMERLUKAN

RM305 / 10.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

18 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

JOM KITA BANTU SAHABAT DAN SAUDARA KITA. BANTULAH MEREKA DENGAN MENYUMBANG SEKAMPIT BERAS YANG AMAT BERMAKNA DEMI KELUARGA MEREKA. KITA BANTU RAKYAT KITA


Assalamualaikum. Beras merupakan bahagian makanan terpenting dalam gizi harian. Ia adalah aspek utama dalam hidangan harian bagi penduduk di wilayah Nusantara ini. Namun demikian walaupun ia adalah makanan ruji tetapi kenaikan harga yang semakin lama semakin mahal telah menyukarkan bagi sesetengah golongan untuk membelinya.



Konsep meletakkan hidangan di atas meja adalah satu kewajipan bagi ketua keluarga yang bertanggungjawab. Namun begitu, kenaikan kos harga makanan yang tidak terkawal menyebabkan rakyat semakin tertekan. Mahu tidak mahu ketua keluarga kadangkala terpaksa memotong bahagian perbelanjaan yang lain demi bekalan beras.




PKPR terpanggil untuk melaksanakan program satu keluarga bantuan 1 kampit beras sebagai usaha untuk membantu rakyat yang terjejas. Dengan adanya program sebegini maka rakyat dapat dibantu. Rasulullah SAW menjelaskan kelebihan menolong orang lain yang dalam kesusahan, maksudnya:


“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis riwayat Muslim)



والصدقةُ تُطفِيءُ الخطيئةَ كما تُطفِيءُ الماءُ النارَ


Yang bermaksud: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”

(Riwayat al-Tirmizi)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Feb 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 16, 2023

Kempen Sumbangan Tamat