Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM1,190 / 11.90 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
76 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Masih ingatkah anda dengan bencana letusan Semeru?
Kini rumah Puan Marlinah hanya tinggal bumbung, lahar sejuk menimbus satu-satunya rumah dan kedainya di dusun Kamar Kajang, kampung Sumber Wuluh, mukim Candipuro. Wanita berusia 53 tahun itu menceritakan kejadian itu dengan linangan air mata kesedihan.
Untuk bersama membina ekonomi masyarakat, ACT memulakan program bantuan troli komersil untuk Asnaf dan ibu tunggal yang tidak dapat meneruskan perniagaan akibat ditimpa musibah. Program bantuan perniagaan ini diwujudkan untuk membantu asnaf dan ibu-ibu bangkit semula mencari rezeki tanpa bergantung kepada bantuan semata-mata.
Termasuk gerai tempat dia mencari rezeki tidak boleh digunakan lagi, barangan di dalamnya rosak dan tidak boleh dijual lagi, dan kerugian besar tidak dapat dielakkan. Namun begitu, Puan Marlinah tetap bersemangat. Kesedihannya tidak mematahkan usahanya untuk bangkit semula.
Puan Marlinah merupakan saudara yang ditimpa musibah, dan menjadi penerima sedekah modal perniagaan. Ibu Marlinah berharap dia boleh kembali berniaga. Kehilangan harta benda yang telah lama diusahakan, tambahan pula tiada lagi tempat berniaga. Banyak kedai rosak teruk.
Satu lagi kisah yang kami dapat daripada Puan Salamah, seorang wanita ketua keluarga yang dilahirkan pada tahun 1953. Wanita tua ini tidak boleh membaca dan menulis. Suaminya sudah lama meninggal dunia dan dia tinggal bersendirian dengan bergantung pada meja kayu untuk menjual apa yang diusahakannya sejak lebih 20 tahun lalu.
Di sebuah meja ringkas sebagai tempat menjual, terdapat makanan ringan seperti cilok dan kuih muih. Dia juga menghidap penyakit reumatik. Walaupun begitu, semangat masih sangat membara. Dia masih mahu berusaha mencari rezeki dan tidak mahu menyusahkan anak-anaknya.
Ayuh sedekahkan rezeki kita untuk menemani para asnaf dan ibu pejuang keluarga. Sebagai tambahan kepada troli perniagaan, mereka yang terselamat akan menerima bantuan perniagaan dan bantuan modal. Bantuan anda amat diperlukan agar perniagaan mereka dapat bangkit semula.
Hadis daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya tangan di atas (yang memberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah (yang menerima)” (Riwayat al-Bukhari).
Terima kasih semua atas bantuan anda, sentiasa menyertai program ACT dan membantu orang lain. Insyaallah rezeki yang anda berikan akan dibalas dengan kebaikan yang berganda-ganda oleh Allah Swt. Amin ya Rahman ya Raheem.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 28, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 28, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 28, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 28, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 28, 2022