ACT FOUNDATION

Dimulakan pada Feb 10, 2022

SEDEKAH MAKANAN PELAJAR TAHFIZ MISKIN

RM5,977 / 59.77 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

278 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh, sedekah terbaik (beri makan) untuk anak-anak (penghafaz Al-Quran) yang terbaik!


Alhamdulillah semakin ramai anak-anak yang bersemangat tinggi untuk mendalami ilmu agama Islam khususnya dalam mempelajari dan menghafaz Al-Quran.


Salah satunya di Maahad Tahfiz Al Fatah, Simpang 3, Pasaman Barat. Walaupun baru 3 bulan ditubuhkan, terdapat berpuluh-puluh pelajar yang menuntut di sini. Kebanyakan mereka datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan dan juga anak yatim. Mereka sambung belajar Al-Quran dengan tekun, malah ada yang hafal sehingga 27 juz, MasyaAllah.



Di Maahad Tahfiz ini, anak-anak yatim yang kurang berkemampuan tidak perlu membayar yuran bulanan. Sehingga kini, tidak jarang guru-guru membayar keperluan harian mereka. Mereka sanggup mengenepikan rezeki mereka agar keperluan pelajar masih dapat dipenuhi. Tetapi baru-baru ini tim Aksi Cepat Tanggap (ACT) menerima khabar bahawa guru tidak mampu lagi, memandangkan terdapat keluarga di rumah yang perlu dibiayai.


Ya Allah.. Keadaan yang membimbangkan ini sering membuatkan anak-anak Nabi ﷺ yang dikasihi terpaksa makan dengan lauk yang minima, malah berlapar. Walaupun mereka memerlukan sumber tenaga yang banyak untuk dapat menumpukan perhatian mendalami ilmu agama dan menghafaz Al-Quran yang bukan sahaja berguna untuk dunia dan akhirat, malah akan disalurkan kelak kepada saudara mara dan ramai lagi. Tidak pernah berputus asa dari lindungan dan pertolongan Allah SWT, para pelajar masih bersemangat untuk beribadah.



InsyaAllah, apabila anda bersedekah makanan kepada pelajar-pelajar yatim dan kurang berkemampuan di Maahad Tahfiz, bukan sahaja anda akan beramal terbaik dalam Islam (Riwayat Bukhari dan Muslim), mengasihi insan Allah SWT. yang istimewa (Riwayat Ahmad), tetapi juga mendapat pahala yang sama apabila mereka beribadat setelah memakan makanan yang anda berikan.


Wallahualam.. sedekah anda akan membawa keberkatan kepada ramai orang, terutama untuk anda dan keluarga. Seseorang yang bersedekah kepada penghafal Al-Quran sudah tentu akan didoakan oleh mereka. Sedangkan doa para penghafaz (hafiz) Al-Quran adalah mujarab atau mudah dikabulkan oleh Allah SWT.




Sedekah makanan berkualiti anda akan disalurkan kepada para pelajar Maahad Tahfiz yang memerlukan di Indonesia, khususnya Maahad Tahfiz Al Fatah.


Jazakumullah khayran. Allah SWT. jualah yang akan menggantikan segala kebaikan dengan keberkatan yang berlipat ganda di dunia dan akhirat. Doa setulus-tulusnya dari kami semoga Allah SWT. menerima doa, memberi perlindungan, kebahagiaan, kemudahan, dan kelancaran rezeki kepada anda dan keluarga, amin ya Rabb.


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 11, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Feb 11, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 11, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 11, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 11, 2022

Kempen Sumbangan Tamat