Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM7,657 / 95.71 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM8,000
382 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Innalillahi, Ia tahun yang sukar bagi wanita kuat, wira keluarga. Pelbagai jenis musibah (bencana alam, kemalangan, dan wabak) terus melanda. Bilangan anak yatim terus meningkat, dalam setahun terdapat lebih 28,000 kanak-kanak yang menjadi yatim.
Siapa sangka, kematian ketua keluarga (Bapa) tentunya tidak pernah diduga oleh ibu dan anak-anaknya. Lebih daripada sekadar luka kerana ditinggalkan orang tersayang, pelbagai kesukaran turut dirasai. Tidak terkira berapa ramai ibu yang tiba-tiba menjadi pencari nafkah tunggal kerana ditinggalkan suami. Luka duka belum kering, tetapi harus dipaksa untuk menjadi okey.
Segala cara telah diusahakan untuk memenuhi keperluan keluarga, bermula dari bekerja dengan pendapatan bersamaan RM6 sehari, hingga terpaksa berhutang.
Seperti keluarga adik Andika, anak yatim yang keadaan keluarganya tidak berada. Bukan sahaja menjadi tulang belakang keluarga, ibu Andika terpaksa menyara nenek Andika yang OKU golongan buta dan Andika sendiri masih bersekolah.
Selain itu, ibu Tati berumur 56 tahun, telah ditinggalkan suami dan kini tinggal dengan tiga anaknya. Banyak sangat keperluan yang mesti dipenuhi seperti makan, perubatan, bayar elektrik, yuran sekolah, dan lain-lain.
Mitha yang menanggung tiga anak yatim yang masih kecil.
Kehidupan semakin membimbangkan. Mereka kekurangan, malah kini terpaksa menahan kelaparan. Nak makan pun dah susah apatah lagi keperluan lain. Nabi Muhammad ﷺ dalam sabdanya menjelaskan fadhilat dan pahala menolong ibu tunggal, fakir miskin, dan terutama mengasihi anak yatim.
Di tengah kepayahan ini, hanya sedekahlah adalah jalan penyelesaian yang terbaik. Ayuh, ikhlas menghulurkan sebahagian daripada rezeki membantu ibu tunggal yang memerlukan, bersama kanak-kanak yatim mereka, di Mojokerto dan kawasan lain yang memerlukan di Indonesia.
Bantuan pakej ini, sekurang-kurangnya dapat meringankan keperluan asas mereka, supaya dapat memenuhi keperluan mendesak yang lain.
Jazakumullah khayran. Setiap kebaikan yang kamu berikan, Allah SWT. yang akan menggantikan mereka satu persatu, dengan keberkatan yang berlipat ganda. Doa setulus-tulusnya dari kami semoga kebahagiaan, kemudahan, perlindungan dan kelancaran rezeki sentiasa bersama anda dan keluarga, amin ya Rabb.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 20, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 20, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 20, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 20, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 20, 2022