Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM4,785 / 47.85 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
166 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Ramadan, bulan penuh keberkatan yang dinantikan umat Islam di seluruh dunia telah tiba. Pelbagai negara gembira menyambut Ramadan dengan tradisi tersendiri. Bermula dari negara Timur Tengah, Uni Emiriat Arab dengan tradisi berjalan dengan pakaian cerah mengumpul gula-gula dan makanan. Mesir dengan menyalakan Lentera Fanousnya. Sampai ke Indonesia dengan parade obor dan Malaysia dengan tradisi berkongsi bubur lambuknya yang sedap.
Namun sedarkah kita, di bumi Afrika, tiada Ramadan yang semarak seperti yang kita rasai hari ini. Yang ada hanya kesedihan yang menyelubungi hari-hari mereka. Berjuta saudara Islam kita di negara-negara Afrika sedang menghadapi pelbagai krisis pangan, kekeringan dan Covid-19 yang memberi efek domino kepada kelangsungan hidup mereka.
Kemarau ekstrim membuat beberapa negara Afrika, Sudan Selatan, Eitophia, Somalia, Kenya dan Ethiopia telah mengisytiharkan darurat air disebabkan tiga musim tanpa hujan. Krisis ini berimpak pada ketersediaan pangan di Afrika akibat sulitnya produksi pertanian. Keadaan ini berpotensi mencetuskan kecemasan makanan terburuk dalam tempoh 35 tahun. Covid-19 menambah bilangan kemiskinan di Afrika meningkat hampir 3 persen. Akibatnya, 25 juta penduduk Afrika terancam alami kelaparan.
Bertolak dari pelbagai krisis yang dialami saudara-saudara muslim Afrika, ayuh kita sedekah pek makanan ifthar dan sahur selama Ramadan untuk hindarkan mereka dari resiko kelaparan dan juga untuk berkongsi kegembiraan di bulan Ramadhan ini. Setiap bungkusan ifthar dan sahur berisi nasi, daging, sayur, buah, air mineral bubur bernilai RM 20 setiap hidangan.
"Siapa sahaja memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun." (HR Tirmidzi).
Insya Allah, setiap sedekah makananmu amat bermakna bagi saudara-saudara Muslim kita di Afrika. Doa yang setulus-tulusnya dari kami semoga anda dan keluarga senantiasa diberkati, dipermudahkan, dipertolongkan, dan dilancarkan rezeki. Aamiin ya Rabbal Alamin. Jazakumullah khayran
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum para penderma,
Alhamdulillah!
Atas sokongan anda, Tim ACT di Somalia telah berjaya mengagihkan 1250 porsi pek ifthar Ramdahan untuk saudara kita di kamp pengungsian Malable, Somalia. Atas kepercayaan para donatur Sumbangan, Insya Allah kita dapat sebarkan kebahagiaan dan ringankan beban kepada ribuan saudara Somalia yang tengah menghadapi pelbagai krisis dan konflik kemanusiaan.
Jangan berhenti di sini!
Mereka masih amat memerlukan bantuan anda.
Selain menderita akibat perang yang tidak berkesudahan, jutaan saudara di Somalia juga terancam menghadapi bencana ketidakamanan makanan dan air bersih yang teruk akibat kemarau panjang yang menimpa negara tersebut pada satu tahun lepas yang menyebabkan tingginya bilangan gizi buruk.
Ayuh, lanjutkan amal kebaikan demi selamatkan nyawa saudara muslim Africa yang membutuhkan. Insya Allah kita akan mendapat keberkatan dunia dan akhirat!
Terima kasih kami ucapkan atas sokongan Anda yang senantiasa membantu saudara kita di Afrika. Jazakumullah khairan!
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 10, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 10, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM500.00
Apr 09, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 09, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 09, 2022