Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM1,422 / 14.22 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
50 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Rasulullah ﷺ bersabda, "Aku dan orang yang memikul anak yatim (kedudukannya) di syurga seperti ini", lalu dia mengisyaratkan telunjuk dan jari tengahnya, dan sedikit meregangkannya.
Terdapat lebih daripada 30,000 anak yatim di Gaza, Palestin. Israel telah mengambil ibu bapa dari kanak-kanak syurga ini, kita tidak mahu masa depan mereka juga dirampas. Mereka adalah generasi seterusnya dari negara Sham yang suci dan mulia.
Hampir semua kanak-kanak bersemangat untuk belajar, demi memperjuangkan masa depan Palestin. Sebilangan besar dari mereka bercita-cita menjadi penghafal Al-Quran (hafiz), ulama, doktor, guru, kepada pejuang Al-Qassam.
Kasihan, ramai yang tidak dapat bersekolah kerana masalah kewangan, memandangkan baki ahli keluarga hidup dalam kemiskinan.
Oleh itu, kami masih memerlukan lebih banyak bantuan dalam tahun persekolahan baru ini, melalui kos sekolah, keperluan persekolahan, dan kos operasi Bas Sekolah ACT.
Dengan menderma RM 427, seorang anak yatim akan terbantu selama sebulan.
Insyaa Allah, pertolongan Anda akan mendorong mereka untuk terus hidup dan menjadi mujahid pada masa akan datang!
Doa setulus-tulusnya selalu dari kami; semoga para penderma dan keluarga senantiasa diberkati, dipermudahkan, dan dilancarkan rezeki, aamiin allahuma aamiin.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami