Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
PERSATUAN PENDUDUK KAMPUNG RAJA HILIR
Dimulakan pada Jul 30, 2022
RM1,631 / 3.26 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
65 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para penyumbang, kami di Persatuan Penduduk Kampung Raja Hilir (PPKRH), Machang, Kelantan ingin menjalankan kempen Tabung Infaq terutamanya untuk penduduk Kg. Raja Hilir, penduduk-penduduk sekitar dan masyarakat yang memerlukan.
Pihak PPKRH adalah satu platform serta menjadi mata dan telinga kepada masyarakat yang memerlukan bantuan. Kami mensasarkan dana ini untuk kegunaan:
1. Bantuan awal bila berlaku kematian
2. Melakukan aktiviti keagamaan
3. Bantuan barangan asas
4. Menampung kos gerak kerja PPKRH serta kos selenggara van jenazah
5. Baik pulih rumah penduduk yang uzur
Kita tanpa sedar pada hari ini bila berlaku kematian ia memerlukan kos-kos tertentu, bayangkan dalam keadaan ekonomi pada hari ini berlaku kematian dengan mengejut ini sedikit sebanyak menjadi bebanan kepada keluarga si mati, dengan adanya dana ini sedikit sebanyak meringankan kerisauan keluarga si mati.
Bantuan barangan asas atau bantuan kewangan dalam kecemasan sangat diperlukan bagi sesetengah individu untuk meneruskan kehidupan. Rata-rata masyarakat disini hanyalah melakukan kerja-kerja kampung. Kita sedar keadaan hari ini terdedah dengan pelbagai jenis penyakit, keadaan cuaca yang tidak menentu dan telah menyebabkan punca pendapatan penduduk terganggu. Bantuan kita bukanlah untuk memberi mereka kemewahan tetapi hanya untuk memastikan tiada masyarakat dalam kesusahan.
Kami PPKRH menyeru kepada semua sama-sama kita mengumpul pahala dengan bersedekah dan menyumbang untuk membantu mereka yang memerlukan. Semoga Allah membalas segala jasa dan usaha murni ini dengan ganjaran pahala yang berganda. InsyaAllah Amiin.
Daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada satu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa, Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya), manakala malaikat satu lagi berdoa, Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan sedekah dan kedekut kemusnahan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
ABD MALIK JAFFAR
Menyumbang sebanyak RM100.00
Aug 10, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Aug 10, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 09, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 08, 2022
ARIF JEMALI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 08, 2022