ACT FOUNDATION

Dimulakan pada Mar 03, 2022

TABUNG PENDIDIKAN PELAJAR MAAHAD TAHFIZ MISKIN

RM5,305 / 53.05 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

229 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MasyaAllah, jom kita bantu anak-anak yatim, asnaf & tahfiz dari Indonesia ini demi sebuah ilmu.


"Ilmu adalah warisan berharga para Nabi" (HR. Abu Dawud).


Menuntut ilmu itu sangat mulia terutama ilmu agama Islam yang pastinya diwarisi turun-temurun, sekurang-kurangnya kepada saudara mara. Ilmu agama menjadi penentu sama ada Islam akan terus jaya, lebih-lebih lagi pada masa yang semakin hampir dengan akhir zaman.

 

Setiap hari pelajar Maahad Tahfiz mendalami ilmu agama Islam (seperti ilmu Adab, Fiqh, Hadith, Aqidah, Tafsir, dan lain-lain). Minit demi minit tiada yang sia-sia tanpa beribadah kepada Allah SWT.


Niat mereka juga sangat mulia, bukan sahaja untuk dunia dan akhirat sendiri, “Setelah tamat nanti, saya ingin menyebarkan nilai-nilai Islam yang ada pada saya kepada anak-anak yang memerlukan (seperti saya)”.



Namun, setiap perkara ibadah, pasti banyak ujiannya. Demi ilmu agama, mereka sanggup hidup bersesak-sesak di asrama yang tidak sesuai, makan apa sahaja yang penting ada tenaga untuk belajar dan beribadat, dan mencuba sedaya upaya untuk terus bersekolah.

 

Masih ramai para pelajar tidak mampu menanggung kos pendidikan. Walaupun kosnya sudah sangat murah (memandangkan banyak keterbatasan di Maahad Tahfiz), ibu bapa anak-anak ini lebih-lebih lagi kekurangan. Wang harian digunakan untuk keperluan asas dan mendesak. "Tetapi kita tidak mahu berhenti, Allah pasti akan menolong kita.."


Seperti pelajar di Maahad Al-Muhtadin, Kampong Siompin, Aceh. Berpuluh-puluh pelajar di sini datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan dan yatim piatu. Tiada hari tanpa keghairahan mereka yang tinggi untuk terus menambah ilmu agama, dapat dilihat daripada mereka yang sentiasa tekun dan khusyuk ketika menunaikan solat berjemaah dan juga menitipkan hafazan Al-Quran. Masya Allah..





Malangnya jika mereka terpaksa berhenti melanjutkan pelajaran kerana dana yang terhad. “Ilmu yang bermanfaat ialah sedekah Jariyah yang amalannya tidak terputus walaupun setelah kematian,” (HR Muslim). Adakah anda sekeluarga akan bersedekah jariyah kepada mereka?

 

Dengan bersedekah membantu menyambung pelajaran, setiap ilmu yang diperolehi, disebarkan kepada orang ramai, dan diamalkan, maka pahala anda sekeluarga juga akan terus bertambah. Wallahualam.. Jika setiap minit kita tidak dapat beribadah seperti pelajar ini, dengan bersedekah kepada mereka juga kita akan mendapat pahala ibadah yang sama!



InsyaAllah, sedekah tabung pendidikan akan diberikan kepada pelajar-pelajar di Maahad Tahfiz yang memerlukan di Indonesia, khususnya di Aceh.


Terutamanya akan diberikan kepada pelajar daripada keluarga Asnaf, pelajar yatim piatu, atau pelajar mangsa bencana alam. Seramai 20 orang pelajar akan menerima manfaat daripada kempen ini dan agihan akan diberikan dalam bentuk yurun pendidikan, yuran kelas tanbahan serta kelengkapan pendidikan mengikut keperluan setiap pelajar.

 

Jazakumullah khayran. Allah SWT. jualah yang akan menggantikan satu persatu kebaikan dengan nikmat berganda di dunia dan akhirat. Sedekah anda sekeluarga akan membawa keberkatan kepada ramai orang. Doa setulus-tulusnya dari kami semoga Allah menerima doa, memberi perlindungan, kebahagiaan, kemudahan, dan kelancaran rezeki kepada anda sekeluarga, amin ya Rabb.


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM25.00

Mar 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Mar 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM12.00

Mar 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 07, 2022

Kempen Sumbangan Tamat