YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Feb 07, 2023

DANA TAPAK PEMBANGUNAN FASA 1

RM1,075 / 2.15 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

48 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARILAH BERSAMA MENYUMBANG KEPADA KEMPEN INFAQ BAGI PROJEK PEMBANGUNAN MADRASAH DI SIMPANG RENGGAM, JOHOR. INSYAALLAH.


CARA CEPAT KAYA MELALUI JALAN KEBERKATAN?

Assalamualaikum wbt. Kekayaan manusia termasuk dalam rezeki yang diberikan oleh Allah SWT. Walaupun rezeki ini ditetapkan oleh Allah SWT, sebagai seorang manusia yang mempunyai akal fikiran dan perasaan, kita semestinya menginginkan rezeki yang secukupnya ataupun lebih.


Sedekah merupakan salah satu amalan yang boleh mendatangkan rezeki kepada kita. Membantu orang yang memerlukan, Allah pasti akan membantu kita saat kita memerlukanNya. Lebih banyak kita bersedekah, inshaAllah lebih banyak kita akan menerimanya. Amalan bersedekah ini amat dimuliakan oleh Allah SWT. Ini kerana dengan bersedekah bermakna kita peduli akan sesama manusia dan Allah menyukasi hambaNya yang pedulikan makhluk yang diciptakanNya. Ini telah dibuktikan dalam firman Allah yang bermaksud:


“Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.” (Surah Al-Baqarah: 195)



Kami dengan berbesar hati ingin memanggil anda semua untuk bersama-sama menginfaqkan sebahagian dari rezeki yang dikurniakan ke arah saham akhirat dimana membangunkan salah satu masjid di Desa UNAIS sebagai salah satu pusat pengajian warga dewasa. Pusat ini akan menempatkan warga dewasa dalam mencari ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah sebagai persediaan semasa hari tua.



Pihak kami memerlukan dana sebanyak RM2,000,000.00 (Dua Juta Ringgit Malaysia) untuk membangunkan sebuah madrasah bagi fasa 1. Selebihnya mengikut fasa untuk membentuk sebuah pusat pengajian warga dewasa yang cantik dan selesa. Tanah yang diwakafkan telah pun diratakan bertujuan untuk membina madrasah. Usaha kami dari Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempunyai hasrat dan cita-cita untuk mengumpul dana bagi membina sebuah madrasah untuk dimanfaatkan oleh penduduk sekeliling di Simpang Renggam, Johor.



Kami akan mengumpul dana ini secara rutin sehingga dana yang diperlukan dipenuhi. Dari segi usaha mengumpul dana secara keseluruhan, kita telah berusaha mencari alternatif lain yang disyariatkan agama tanpa perlu meminjam dana bank, sudah tentu ada unsur riba. Tetapi kami juga tidak menutup diri, lebih-lebih lagi ini untuk kepentingan umat, kami juga telah berusaha untuk membeli tanah melalui pembiayaan bank Islam yang mana bank itu adalah tempat simpanan dana yang kami uruskan daripada penderma. Namun pembiayaan ini tidak boleh diluluskan kerana institusi yang kami uruskan adalah institusi bukan untung dan belum mempunyai badan amal perniagaan tetapi semua dana untuk aktiviti institusi diperoleh daripada penderma.



“Barangsiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, nescaya Allah akan melapangkan satu kesusahan padanya pada hari kiamat. Sesiapa yang memudahkan urusan orang lain, nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa menutupi aib seorang muslim, nescaya Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah sentiasa menolong hambaNya selama hambaNya suka menolong saudaranya." (HR Muslim, Hadis Arba'in An Nawawi hadis 36)

 

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 30, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Apr 14, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 07, 2023

Kempen Sumbangan Tamat