Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM6,568 / 65.68 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
155 Penyumbang
Kempen Berakhir!
“Sesungguhnya diantara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya wafat (Sedekah Jariyah), ialah ilmu yang disebarluaskannya, anak saleh yang ditinggalkan, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskan, masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan, sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang banyak, dan harta yang disedekahkannya“ (HR. Ibnu Majah).
Insyaa Allah, wakaf Al-Quran anda akan diberikan kepada saudara muslim kita di Jerussalem, Palestin.
Al Quran merupakan kitab suci umat Islam yang umumnya dibaca setiap hari, terutamanya bagi saudara muslim kita di tanah suci. Bagi mereka, Al Quran bukan hanya panduan, tetapi juga ubat penenang. Bahkan, di tengah gempuran pun mereka tidak melepaskan genggamannya pada Al Quran.
Tanah Palestin juga sangat dikenal dengan para penghafal Al Quran. Bayangkan betapa derasnya pahala yang mengalir, jika wakaf Al Quran anda ada di tangan mereka?
Ketika seseorang membaca Al Quran, meski satu huruf pun, sudah dicatat satu kebaikan untuk pembacanya. Begitu pun dengan orang yang memberikan atau berwakaf Al-Quran. Setiap ada orang lain yang membacanya, maka selama itu pula pahalanya akan tetap mengalir secara terus menerus, meskipun dirinya sudah mengalami kematian.
Sumbang RM24, satu Al Quran siap diberikan!
Klik "Sumbang Sekarang" untuk berwakaf Al-Quran.
Share halaman ini sehingga lebih banyak lagi Muslim yang memperoleh amalan Sedekah Jariyah), dan juga menambah perbuatan baik Anda.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum para penderma,
Alhamdulillah!
Terimakasih kami ucapkan atas derma dan sokongan penuh anda melalui sumbangan.com untuk projek bantuan Mushaf Qur’an bagi anak yatim penghafaz al-Quran (tahfidz) di Palestin.
Dengan ramainya khalayak Malaysia menderma pada projek yang amat mulia ini, ACT berjaya mengagihkan sebanyak 2,270 Al-Qur'an yang diagihkan kepada anak-anak yatim dan penghafaz Al-Qur'an di Semenanjung Gaza.
Amanah kebaikan anda yang dihimpunkan bersama ramai penderma lain telah menyokong pengedaran Mushaf Al-Quran di beberapa masjid di kawasan Gaza Utara dan Gaza Selatan, Palestin. Sebagai usaha menyokong aktiviti halaqah tahfidz anak-anak Palestin sebagai calon generasi al-Quran.
Insya-Allah kebahagiaan muncul apabila mushaf Al-Quran diterima oleh anak-anak yatim penghafaz Al-Quran sebagai penerima manfaat yang terpancar dari potret wajah saudara-saudara kita saat menerima naskhah di bawah.
Insha Allah, amalan jariyah dari sumbangan Mushaf Qur’an anda akan terus mengalir tanpa henti sepanjang hayat para hafidz yang melantunkan ayat-ayat suci di kehidupan mereka yang tentunya semua bermula dari wakaf Al-Quran anda.
Terima kasih atas sokongan Anda yang senantiasa memudahkan saudara sesama muslim di pelbagai belahan dunia, terutamanya bagi saudara Palestin, melalui ACT.
Doa ikhlas dari kami, semoga Allah memberi keberkatan, kemudahan, dan rezeki yang lancar kepada para penderma, Aamiin ya Rabb. Jazakumullah khairan!
Alhamdulillah, telah berjaya menyalurkan mushaf Al-Quran untuk 1.115 saudara-saudari Muslim yang memerlukan di Palestin, termasuk: Gaza Utara (Jabalia, Beit Hanoun, Beit Lahia), Gaza Governorates, Gaza Tengah (Al-Zawayda, Bureij, Maghazi, Nuseirat, Deir Al-Balah), dan Khan Younis (Abasan, Bani Suheila, Al-Qarara, Khuza'a, Al-Fukhari, Al-Mughraqa).
Insya Allah, Mushaf Al-Quran telah memenuhi keperluan penduduk Gaza, mendorong pengunjung dan pelajar masjid di Tahfiz untuk menghafal Al-Quran, dan mewujudkan kedamaian dan ketenangan di hati masing-masing. Jazakumullah Khairan.
Semoga pahala dan rezeki senantiasa mengalirkan di dunia dan akirat seperti air senantiasa mengalir, Aamiin ya Rabb. Insya Allah, masih lagi memerlukan sumbangan berterusan untuk kos Mushaf Al-Quran di Palestin.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 11, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Aug 11, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Aug 11, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Aug 11, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Aug 11, 2021