Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM6,028 / 100.47 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000
237 Penyumbang
Kempen Berjaya
Infaq Jumaat
Pendemik Covid-19 yang melanda negara telah menyebabkan ramai di luar sana yang terkesan khususnya dari segi kewangan atau pendapatan. Bagi meringankan sedikit beban mereka, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia melalui program Infaq Jumaat kali ini akan menyalurkan sumbangan makanan asas / makanan kering dan keperluan harian untuk anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal yang terkesan dengan Covid-19 khususnya di sekitar Lembah Klang dan kawasan lain yang memerlukan.
Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi manfaat penerima-penerima sumbangan dan semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah : 261)
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: "Sebaik-baik hari adalah hari Jumaat, kerana pada hari itulah Adam diciptakan. Pada hari itu pula ia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari itu juga ia dikeluarkan daripadanya. Dan hari kiamat tidak terjadi kecuali pada hari Jumaat." (Riwayat Muslim)
Nabi S.A.W. juga ada bersabda: ………."Dan sedekah pada hari itu (Jumaat) lebih mulia dibanding hari-hari selainnya". (Riwayat Ibnu Khuzaimah)
Terima Kasih.
Wassalam.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Sep 11, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Sep 11, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 11, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Sep 11, 2021
HAZLAMI ABD MANAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 11, 2021