Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM1,010 / 14.43 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000
51 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Kehidupan manusia tidak sama, ada yang kaya dan ada yang miskin dan ada yang hidupnya sekadar cukup makan ibarat kata pepatah; ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Sekiranya kita sedang menikmati kehidupan yang baik, jangan kita lupa kepada mereka yang sedang hidup dalam kesusahan. Ketika ekonomi yang tidak menentu ketika ini, terutama kos harga barang yang cukup menekan, sudah pasti kehidupan mereka yang susah dan miskin serta ditambah pula sebahagiannya diduga dengan sakit terlantar maka sudah tentu ia amat memeritkan.
Simpati terhadap golongan miskin dan susah ini, Yayasan Amal Maaruf Malaysia terpanggil untuk menyalurkan bantuan makanan asas kering seperti beras, minyak masak, tepung gandum, garam, gula, bihun, biskut dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan untuk mereka. Sasaran bantuan ini akan melibatkan 30 buah keluarga yang berada di sekitar Selangor dan Lembah Klang.
Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program sedekah ini demi manfaat golongan miskin dan mereka yang memerlukan. Semoga usaha kecil kita ini akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT.
Nabi SAW bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)
Seorang laki-laki bertanya kepada Nabi SAW, “Perbuatan apa yang terbaik di dalam Islam?” Nabi SAW menjawab, “Kamu memberi makan kepada orang lain.” (HR Bukhari dan Muslim)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 08, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 08, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 08, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Dec 08, 2022
LILY
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 08, 2022