YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Oct 11, 2022

BANTUAN MAKANAN ASAS UNTUK MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN

RM805 / 11.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

58 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menyalurkan bantuan makanan asas untuk mereka yang dalam kesusahan di bandar. Jom kita bantu mereka!


Assalamualaikum wbt. Hidup di bandar tidak semestinya kaya dan senang. Disebabkan desakan dan keperluan untuk mencari kehidupan, maka penghijrahan ke bandar adalah suatu kemestian bagi kebanyakan rakyat. Namun, bukan semua mereka yang tinggal di bandar itu hidup dalam kesempurnaan. Isu miskin bandar telah lama diperkatakan khususnya di kalangan orang Melayu dan sehingga hari ini ia masih menjadi cabaran yang besar bagi kerajaan untuk menanganinya. Di saat harga barangan makanan dan keperluan asas terus menekan, kehidupan mereka yang susah dan miskin akan menjadi lebih parah.



Ziarah skuad kami baru-baru ini bertemu dengan beberapa buah keluarga di sekitar Lembah Klang iaitu di PPR Kota Damansara, Ampang dan Puchong mendapati kehidupan mereka amat memerlukan bantuan dan sumbangan orang ramai bagi menampung kehidupan yang susah. Ada yang baru kematian suami tanpa meninggalkan harta, ada yang terpaksa menanggung anak yang sakit kronik, ada yang sakit dan tidak lagi mampu berkerja dan ada yang baru kehilangan pekerjaan dan terpaksa memulakan perniagaan kecil-kecilan. Sesungguhnya, hidup perlu diteruskan.



Dengan rasa simpati terhadap mereka ini, Yayayan Amal Maaruf Malaysia akan menyalurkan bantuan makanan berbentuk makanan asas kering seperti beras, minyak masak, tepung gandum, bihun dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan untuk meringankan beban yag sedang mereka hadapi. Sasaran bantuan ini akan melibatkan 30 orang penerima yang layak yang berada di sekitar Lembah Klang khususnya yang tinggal di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR).



Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi manfaat rakyat marhaen yang sedang menghadapi kesusahan dan kesulitan hidup. Semoga usaha kecil kita ini dapat meringankan beban yang sedang mereka tanggung dan mudah-mudahan akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT.



Justeru itu, marilah kita hayati sabda Nabi Muhammad S.A.W sepertimana yang dijelaskan oleh Abu Hurairah RA: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang Mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu suka menolong saudaranya."

(HR Muslim).


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik lagi ikhlas, akan digandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya, dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia."

(Surah Al-Hadid : 18)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat