Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM5,880 / 98.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000
279 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum W.B.T. Di saat umat Islam di negara ini sedang sibuk dengan persiapan hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi berikutan penuhnya pusat-pusat membeli belah sejak beberapa hari lepas, namun skuad kami berasa sedih apabila menemui beberapa perkampungan miskin yang terletak di negeri Sabah.
Mereka ini bukan belum sempat untuk memikirkan tentang persiapan hari raya, Apa yang mereka fikirkan adalah tentang makanan berbuka puasa yang hendak dibuka menjelang petang nanti, adakah cukup untuk dimakan seisi keluarga. Kehidupan mereka sangat daif dan miskin.
Atas rasa simpati terhadap nasib golongan miskin ini, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) merasakan bahawa perlunya untuk kita bersama membantu meringankan beban kehidupan yang mereka hadapi khususnya ketika Ramadhan ini. Bantuan yang kita hulurkan sangat bermakna untuk mereka.
Mudah-mudahan kita dapat mencontohi sifat dermawan Nabi Muhammad S.A.W sepertimana Ibnu Abbas pernah berkata, “Rasulullah Saw adalah orang yang paling dermawan dan saat beliau paling dermawan adalah di bulan Ramadhan”. (HR Bukhari dan Muslim)
Oleh itu, pihak yayasan akan menyalurkan bantuan berupa barangan asas makanan seperti beras, telor, tepung gandum, bawang mentah, makanan dalam tin dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan. Jumlah penerima sumbangan ini adalah sekitar 50 keluarga asnaf yang tinggal di sekitar Kota Kinabalu dan Keningau Sabah.
Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program bantuan ini dan semoga sumbangan yang dihulur akan mengembirakan golongan yang dirai dan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah S.W.T.
Allah S.W.T. berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Al Hadid: 18)
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
MOHD HAFIFI HAFIZ BIN MOHD NOOH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 23, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 23, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 23, 2022
NOOR ROZITA BT SABRI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 23, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 23, 2022