YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Nov 01, 2022

BANTUAN MAKANAN ASAS UNTUK MUALAF MISKIN

RM460 / 6.57 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

22 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk berinfaq makanan asas kering untuk golongan mualaf asnaf dan miskin. Jom kita ringankan beban hidup mereka!


Assalamualaikum wbt. Mengikut rekod yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor pada tahun 2020, seramai 1400 saudara baru telah diislamkan di Selangor yang terdiri daripada pelbagai kaum. Golongan mualaf atau mereka yang baru memeluk Islam ini tergolong dalam kategori yang diberi keutamaan oleh Allah SWT untuk diberi bantuan seperti yang dinyatakan dalam Surah At-Taubah ayat 60:


“Sesungguhnya zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang miskin, amil zakat, yang dilunakkan hatinya (mualaf), untuk (memerdekakan) hamba sahaya, untuk (membebaskan) orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai kewajiban dari Allah. Allah Maha Mengetahui, Maha bijaksana”.



Namun, bukan semua mualaf terdiri daripada mereka yang kaya. Ramai di antara mereka yang susah dan miskin dan ada di antara mereka sukar untuk mencari rezeki dengan bekerja kerana diancam oleh pihak yang tidak berpuas hati kerana memeluk Islam. 



Sebagai usaha untuk membantu mereka, pihak Yayayan Amal Maaruf Malaysia terpanggil untuk menyalurkan bantuan makanan berbentuk makanan asas kering seperti beras, minyak masak, tepung gandum, bihun, biskut dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan untuk mereka. Sasaran bantuan ini akan melibatkan 30 orang mualaf miskin yang berada di sekitar Selangor dan Lembah Klang.



Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program infaq ini demi manfaat golongan muallaf miskin yang memerlukan bantuan. Semoga usaha kecil kita ini akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT dan yang lebih penting agar golongan mualaf akan terus istiqamah dengan pegangan Islam yang dianuti dengan asbab kita sebagai umat Islam di negara ini amat mengambil berat akan kehidupan mereka.



Nabi SAW bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”

(HR Muslim)



Seorang laki-laki bertanya kepada Nabi SAW, “Perbuatan apa yang terbaik di dalam Islam?” Nabi SAW menjawab, “Kamu memberi makan kepada orang lain.” (HR. Bukhari dan Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat