Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM2,622 / 52.44 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
120 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menjayakan program Infaq Jumaat ini demi manfaat golongan Fakir Miskin Bandar Dan Asnaf Ibu Tunggal. Jom kita membantu!
Assalamualaikum W.B.T.
Infaq Jumaat Untuk Fakir Miskin Bandar Dan Asnaf Ibu Tunggal
Isu miskin bandar merupakan cabaran yang besar bagi kerajaan untuk menanganinya sejak sekian lama lebih-lebih lagi ketika ini apabila negara berdepan dengan pelbagai cabaran ketidaktentuan ekonomi, pendemik Covid-19 dan bencana banjir.
Maka dengan itu, program Infaq Jumaat Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) untuk minggu ini akan mengkhususkan pemberian bantuan makanan asas seperti beras, tepung gandum, bihun dan sebagainya serta keperluan harian lain untuk golongan Fakir Miskin dan Asnaf Ibu Tunggal yang berada di kawasan Lembah Klang.
Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program Infaq Jumaat ini demi manfaat golongan Fakir Miskin Bandar Dan Asnaf Ibu Tunggal. Semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik lagi ikhlas, akan digandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya, dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia”. (Surah Al-Hadid : 18)
Nabi SAW bersabda: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (Riwayat Tirmizi)
Nabi S.A.W. juga ada bersabda: ..."Dan sedekah pada hari itu (Jumaat) lebih mulia dibanding hari-hari selainnya". (Riwayat Ibnu Khuzaimah)
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (Rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (al-Baqarah: 261)
Terima Kasih.
Wassalam.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 07, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 07, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Jan 07, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 07, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jan 07, 2022