YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Dec 16, 2021

INFAQ JUMAAT BARAKAH UNTUK GELANDANGAN DAN MISKIN BANDAR B40

RM1,550 / 31.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

55 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menjayakan program Infaq Jumaat Barakah demi manfaat golongan Gelandangan dan Miskin Bandar B40. Semoga mendapat keberkatan dari-Nya.

Assalamualaikum W.B.T.

 

Infaq Jumaat Barakah Untuk Gelandangan dan Miskin Bandar B40

 

Program Infaq Jumaat Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) untuk minggu ini mengkhususkan pemberian bantuan makanan serta keperluan harian untuk golongan Gelandangan dan kumpulan Miskin Bandar B40 yang berada di kawasan Lembah Klang.

 

Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi manfaat golongan Gelandangan dan kumpulan Miskin Bandar B40 dan semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.

 

Rasulullah SAW juga bersabda: “Wahai sekalian manusia, sebarkan (ucapan) salam, berilah makan (kepada yang memerlukan), sambunglah hubungan persaudaraan, solat pada waktu malam ketika manusia sedang tidur, nescaya kamu semua akan masuk syurga dengan sejahtera.” (HR Ibn Majah).


Nabi S.A.W. juga ada bersabda: ………."Dan sedekah pada hari itu (Jumaat) lebih mulia dibanding hari-hari selainnya". (Riwayat Ibnu Khuzaimah). 


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (Rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”  (al-Baqarah: 261)

 

Terima Kasih.



Wassalam.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat