Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM3,465 / 43.31 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM8,000
176 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Melihat keadaan golongan OKU asnaf, terasa begitu berat dugaan yang sedang ditanggung oleh mereka, namun diri mereka yang menanggung keperitan dan kepayahan sudah pasti lebih berat lagi. Sebahagian mereka ada yang berkerja dengan pendapatan yang terlalu minima dan ramai juga di antara mereka yang tidak boleh berkerja akibat kecacatan yang dialami, serta sebahagiannya adalah OKU yang terlantar sakit. Kesusahan yang mereka lalui sudah pasti perlu dibantu oleh kita yang sempurna ini. Sesungguhnya duit bukan segala-galanya, namun banyak perkara dalam hidup mereka yang memerlukan duit untuk kelangsungan hidup.
Menyedari akan kepayahan dan kesusahan yang ditanggung oleh golongan OKU miskin ini, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) terpanggil untuk meringankan beban yang sedang mereka hadapi dengan pemberian sedikit bantuan iaitu pihak kami akan menyalurkan sumbangan berupa makanan asas kering seperti beras, minyak masak dan tepung gandum, pampers, tisu basah, kerusi roda dan sedikit bantuan kewangan. Sasaran kami adalah untuk 100 – 150 orang OKU asnaf yang bernaung di bawah rumah-rumah kebajikan persendirian di sekitar negeri Johor.
Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) berbesar hati sekiranya Tuan/Puan dapat menghulurkan sumbangan bagi menjayakan bersama program ini dan semoga infaq Tuan/Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.
Justeru itu, marilah kita bersama menghayati gesaan Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barangsiapa yang mempermudahkan urusan mereka yang dalam kesusahan, maka Allah SWT akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (HR Muslim).
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah : 261).
Terima Kasih. Wassalam.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
May 20, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 20, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 20, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 20, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
May 20, 2022