Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM4,935 / 105.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM4,700
229 Penyumbang
Kempen Berjaya
Assalamualaikum wbt. Golongan Anak Yatim perlu disantuni. Mereka memerlukan keperihatinan serta bantuan dari kita untuk meneruskan kelangsungan hidup terutama ketika negara sedang menghadapi pelbagai ketidaktentuan ekonomi. Bantuan dan sedekah yang disalurkan kepada mereka sudah pasti sangat bermakna untuk mereka.
Rasulullah SAW bersabda: “Orang-orang yang memelihara anak yatim di antara umat muslimin, memberikan mereka makan dan minum, pasti Allah memasukkannya ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampuni.” (Riwayat al- Tirmidzi dari Ibnu Abbas).
Menyedari akan peri pentingnya menyantuni anak-anak yatim ini, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) melalui program Infaq Sedekah akan menyediakan jamuan makanan kepada anak-anak yatim di beberapa pusat penjagaan persendirian di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program Infaq Sedekah jamuan makan ini demi manfaat anak-anak yatim. Semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda: “Wahai sekalian manusia, sebarkan (ucapan) salam, berilah makan (kepada yang memerlukan), sambunglah hubungan persaudaraan, solat pada waktu malam ketika manusia sedang tidur, nescaya kamu semua akan masuk syurga dengan sejahtera.” (Riwayat Ibn Majah).
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah : 261)
Terima kasih, wassalam.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jan 19, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 19, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Jan 19, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 19, 2022
AHMAD FUAD BIN HASHIM
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jan 19, 2022