YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Sep 19, 2024

INFAK PENYEDIAAN KABIN PENGURUSAN JENAZAH BERGERAK

RM120 / 0.24 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

7 Penyumbang

363 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Sukar untuk dibeli dengan dana yang tidak mencukupi, namun, insya-Allah dengan bantuan saudara dan saudari sekalian, kabin bergerak ini bakal memberi manfaat yang besar untuk mereka yang memerlukan.


Isu kesulitan menguruskan jenazah biasanya banyak berlaku di kawasan pedalaman terpencil, begitu juga untuk mereka yang tinggal di kawasan perbandaran seperti rumah-rumah pangsa.



Di kawasan-kawasan perumahan seperti ini sering kali muncul permasalahan oleh sebab ketiadaan tempat yang sesuai atau boleh jadi peralatan yang tersedia tidak mencukupi. Justeru, golongan yang tinggal di kawasan ini terpaksa menghubungi pasukan atau ejen-ejen luar yang menyediakan khidmat pengurusan jenazah supaya proses pengebumian jenazah dapat berjalan lancar.



YAMM sendiri sentiasa menerima panggilan lebih kurang 4 jenazah sebulan dan terkadang perlu menolak, lebih-lebih lagi untuk permintaan di kawasan yang agak jauh.



Berat untuk kami menolak, namun memikirkan ketiadaan kenderaan yang sesuai seperti van jenazah untuk mengangkut jenazah, tambahan dengan kawasan permintaan juga tidak menyediakan tempat sesuai untuk pengurusan, agak sulit untuk kami terima. Oleh itu, pihak kami melancarkan kempen ini khusus bagi penyediaan kabin bergerak pengurusan jenazah.



Pihak kami bercadang untuk menyediakan lori 3 tan yang panjangnya berukuran 19 kaki dengan kelebaran 10 kaki dan tinggi 9 kaki sebagai kabin yang akan disertakan kemudahan-kemudahan seperti berikut:


1. Tangki air bersih

2. Pam air

3. Tangki septik simpanan air terpakai

4. Sistem elektrik

5. Penghawa dingin

6. Meja kafan



Bukan itu sahaja, dengan anggaran yang boleh memuatkan dalam 10 hingga 12 orang dalam satu masa, kabin ini turut dapat dijadikan tempat untuk solat jenazah dengan jemaah yang kecil setelah semua proses pengurusan jenazah selesai.



Insya-Allah dengan kemudahan-kemudahan ini, pihak kami dapat sasarkan kepada golongan yang terabai juga kerana pengurusan jenazah dengan kabin bergerak ini diberikan secara percuma. Fi sabilillah. Semoga usaha yang kita lakukan ini diredhai Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Sep 19, 2024

AMRUL AZMI BIN MOHD MIZAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 19, 2024