YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Oct 21, 2022

SUMBANGAN PRIHATIN IBU TUNGGAL

RM680 / 9.71 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

36 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menyalurkan bantuan makanan dan keperluan asas harian untuk ibu tunggal asnaf. Jom kita bantu mereka!


Assalamualaikum wbt. Membesarkan anak-anak seorang diri tanpa suami di sisi bukannya mudah, lebih-lebih lagi sekiranya semua anak-anak masih bersekolah ditambah pula seorang ibu itu adalah golongan asnaf. Dalam keadaan harga barang ketika ini yang serba-serbi mahal, sudah tentu cabaran kehidupan menjadi semakin sukar. Anak-anak perlukan kehidupan dengan kecukupan makanan, pakaian dan tempat tinggal.



Ziarah skuad kami ke beberapa lokasi di Lembah Klang baru-baru ini menemui beberapa orang ibu tunggal yang membesarkan anak-anak yang masih bersekolah bersendirian amat menyedihkan. Mereka ini adalah ibu tunggal asnaf. Walaupun sebahagiannya ada yang berkerja, namun gaji yang diperolehi adalah terlalu minima dan terpaksa mencatu makanan apabila tiba hujung bulan sebelum hari gaji.



Dengan rasa simpati terhadap golongan ibu tunggal asnaf ini, Yayayan Amal Maaruf Malaysia akan menyalurkan bantuan makanan berbentuk makanan asas kering seperti beras, minyak masak, tepung gandum, bihun dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan untuk meringankan beban yag sedang mereka hadapi. Sasaran bantuan ini akan melibatkan 30 orang ibu tunggal yang berada di sekitar Selangor dan Lembah Klang.



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan kempen ini demi membantu golongan ibu tunggal miskin ini membesarkan anak-anak mereka . Semoga usaha kecil kita ini akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT sepertimana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


"Orang yang berusaha memenuhi keperluan ibu tunggal dan orang miskin, pahalanya seperti mujahid fi Sabilillah atau seperti orang yang rajin berpuasa di siang hari dan rajin tahajud dimalam hari."

(HR. Bukhari dan Muslim).



Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang Mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu suka menolong saudaranya”. (HR Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 22, 2022

ATIKAH BT ISMAIL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 22, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 22, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 22, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 21, 2022

Kempen Sumbangan Tamat