YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Oct 25, 2022

SUMBANGAN NASI BUNGKUS UNTUK PEKERJA BAWAHAN

RM415 / 10.38 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM4,000

26 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menjayakan program sumbangan nasi bungkus kepada pekerja bawahan. Jom kita ringankan belanja harian mereka!


Assalamualaikum wbt. Dalam keadaan suasana ekonomi ketika ini yang tidak menentu, golongan pekerja bawahan khususnya yang terdiri daripada golongan B40 sememangnya golongan sangat yang terkesan. Sebahagian mereka memiliki keluarga dan anak-anak yang masih bersekolah. Belanja harian sekolah anak dan belanja harian ke tempat kerja sememangnya membebankan sekiranya kemampuan kewangan adalah terhad.



Menyedari akan keperluan kewangan yang mendesak bagi golongan pekerja bawahan ini. Pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) terpanggil untuk meringankan beban mereka ini dengan menyalurkan sedikit bantuan iaitu pihak kami akan mengedar nasi bungkus atau nasi berlauk serta minuman untuk jamuan tengah hari mereka. Sasaran pemberian ini akan tertumpu pekerja kumpulan B40 seramai 150 hingga 200 orang yang berada di sekitar Selangor dan Lembah Klang seperti pekerja kilang, pembantu am pejabat, pengawal keselamatan, pembantu kedai dan pekerja pembersihan.



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) berbesar hati sekiranya Tuan/Puan dapat menghulurkan sumbangan bagi menjayakan program ini dan semoga infaq anda diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT. 



Memberi makan kepada orang lain adalah amalan terbaik dan terpuji sepertimana kisah seorang lelaki bertanya kepada Nabi SAW, “Perbuatan apakah yang terbaik di dalam Islam?” Nabi SAW menjawab, “Kamu memberi makan kepada orang lain.” (HR. Bukhari dan Muslim)



Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya.” (HR. At-Tabrani)



Sesungguhnya sedikit bantuan yang dihulur, besar makna buat mereka yang amat memerlukan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

ALLAHYARHAMAH AMNAH ABDULLAH, ALLAHYARHAM BAKHTIAR EFFENDI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 27, 2022

ROMY AZHAR BIN ABDUL RAHIM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 27, 2022

Kempen Sumbangan Tamat