Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Alhamdulillah, dengan izin Allah, kami telah berjaya memberikan pakej makanan daripada anda. Bantuan anda telah memberikan senyuman kepada ramai asnaf terutamanya ibu tunggal dan anak yatim. Juga penduduk yang sakit.
Anda telah membantu 160 keluarga di Bogor, Jawa Barat. Kampung mereka telah dilanda tanah runtuh dan banjir kilat, bantuan anda pasti meringankan beban mereka. Mereka meninggalkan salam dan terima kasih yang tidak terhingga kepada anda.
Jazakumullah Khayran. Bukan sahaja infaq anda telah membantu saudara-saudara kita yang memerlukan, malah insya Allah akan membantu anda dan keluarga di dunia dan akhirat. Terima kasih, semoga Allah membalas infaq anda dengan keberkatan, Amin Allahuma Amin.
Mari teruskan kebaikan anda dengan menderma melalui kempen ini!