Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang bertujuan membangunkan projek-projek pendidikan yang unik dan berkualiti menepati keperluan ummah. PACU dalam usaha mewujudkan rangkaian institusi dan projek-projek pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia dari kecil sehingga usia warga emas. Terdapat empat inisiatif pendidikan yang bernaung di bawah PACU iaitu Pusat Jagaan Dan Pendidikan Warga Emas Darul insyirah (DI), Raudhatul Huffaz (RH), Anjung Insyirah (AI) dan Projek Tuisyen Ummah (PROTU).
Objektif Penubuhan
- Membangunkan program-program yang bermatlamatkan pendidikan dan dekat dengan masyarakat.
- Memartabatkan modul pendidikan berlandaskan tarbiyah Islamiah.
- Menyediakan pelbagai jenis pendidikan untuk setiap peringakat usia.
- Melahirkan generasi pelapis yang boleh menjadi Muslim Hebat.
Visi
Mewujudkan rangkaian institusi dan projek- projek Pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia (dari dalam buaian hingga ke liang lahad).
Misi
Membangunkan projek- projek Pendidikan yang unik dan berkualiti serta menepati keperluan Ummah.
Hamba Allah
Ya Allah, kurniakanlah rezeki yang melimpah ruah seperti air zamzam yang tidak pernah berhenti mengalir ke atas diriku, keluargaku, rakan2ku serta seluruh muslimin dan muslimat dari segi kesihatan, kewangan dan semua nikmat yang baik. Permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan akhirat. Berkatilah kami dengan rahmatmu sepanjang hidup kami. Amin Amin Amin Ya Rabbal Alamin.
Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah!permudahkan segala urusanku, bantulah aku supaya aku dapat melakukan yg terbaik, cemerlangkan segala projek dan perkara yg aku lakukan supaya aku dapat mencapai sasarannya dan makbulkan segala permintaan dan doa aku selama ini...aammiinn
Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini