PERTUBUHAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN UMMAH

Aktif sejak Feb 09, 2022

Tentang Penganjur

Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang bertujuan membangunkan projek-projek pendidikan yang unik dan berkualiti menepati keperluan ummah. PACU dalam usaha mewujudkan rangkaian institusi dan projek-projek pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia dari kecil sehingga usia warga emas. Terdapat empat inisiatif pendidikan yang bernaung di bawah PACU iaitu Pusat Jagaan Dan Pendidikan Warga Emas Darul insyirah (DI), Raudhatul Huffaz (RH), Anjung Insyirah (AI) dan Projek Tuisyen Ummah (PROTU).


Objektif Penubuhan

- Membangunkan program-program yang bermatlamatkan pendidikan dan dekat dengan masyarakat.

- Memartabatkan modul pendidikan berlandaskan tarbiyah Islamiah.

- Menyediakan pelbagai jenis pendidikan untuk setiap peringakat usia.

- Melahirkan generasi pelapis yang boleh menjadi Muslim Hebat.


Visi

Mewujudkan rangkaian institusi dan projek- projek Pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia (dari dalam buaian hingga ke liang lahad).


Misi

Membangunkan projek- projek Pendidikan yang unik dan berkualiti serta menepati keperluan Ummah.





No 72 Jalan Melati Bangi Golf Resort, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor , 43650, BANGI, Selangor, Malaysia
pacuummah2015@gmail.com
60138962965
60389209661

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doakan bisness saya berjaya dan maju supaya saya dapat menjadi seorang hartawan agar dapat menjadi seorang dermawan. Doakan ibu saya dipermudahkan urusan menunaikan umarah pada hari ni (10 Mei 2022)

Anda dan 6 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

AZUL IZWAN MOHD AKMAL

2 tahun yang lepas

Ya Allah, terimalah dan berkatilah infaq jariah ini. Mohon keampunanMu kepada kami, ibu bapa kami, keluarga kami, kurniakanlah kami semua keselamatan dan kesejahteraan hidup dunia akhirat.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Permudah kan segala urusan seluruh umat Islam di dunia ini

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah kau permudahkan urusan ku, kau terima lah amal ibadat ku Ya Allah. Ampunkan dosa kedua ibubapa ku Ya Allah.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya allah terimalah segala ibadah kami dibulan ramadhan yg bakal berlalu ini dan berkatilah hidup kami sekeluarga dunia hingga akhirat .aminn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga Allah berikan kebaikan hidup dunia & akhirat

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: