Assalamu’alaikum para penderma terbaik,
Alhamdulillah! Dengan sokongan anda, ACT berjaya mengagihkan pakej makanan kepada 10 warga emas di Kampung Cincau, Kota Bogor dan kepada 13 warga emas yang kurang berkemampuan di Kampung Tiban Lama, Kota Batam.
Para benefisiari warga emas mengucapkan beribu-ribu terima kasih untuk kemurahan hati anda. Senyuman yang tidak ternilai muncul di wajah mereka apabila mereka menerima pakej makanan anda.
Setiap warga emas menerima pakej makanan/RM 130 berisi: beras, sardin, minyak masak, telur, susu, biskut, dan makanan asas lainnya.
Warga emas di kampung Cincau, Bogor.
Kami masih berharap anda dapat membantu lebih banyak lagi. Aksi Cepat Tanggap (ACT) akan terus membantu para warga emas menjalani kehidupan yang lebih baik dengan pelbagai perkhidmatan di Indonesia.
Aksi Cepat Tanggap dan Sahabat Dermawan, begitu dekat tak terpisahkan.
Sejak 2005, kami telah berganding bahu untuk melaksanakan 383,470 tindakan kebaikan, dan telah membantu 66,613,523 saudara-saudari di seluruh dunia.
Amanah ini adalah amanah yang indah.
Mengambil tindakan melaksanakan amanat adalah aktiviti yang kita tunggu-tunggu. Kami berasa lebih rapat dengan Sahabat Dermawan walaupun tidak berjumpa.
Terima kasih kerana terus bersama kami untuk mengukuhkan langkah yang baik ini.
Salam,
Aksi Cepat Tanggap